Hairuddin Harun: Sains Islam Memperkaya Budaya Intelektual

Sebagai individu yang bertanggungjawab mengasaskan Jabatan Sains dan Teknologi, Fakulti Sains di Universiti Malaya—dan kini bertugas sebagai Timbalan Presiden di Asia e University—Prof. Dr. Hairuddin Harun merupakan antara cendikiawan yang dihormati dalam bidang Sains Islam. Perspektif yang dikemukakan beliau lazimnya menarik, terutama sewaktunya membandingkan pemikiran antara Seyyed Hossein Nasr dengan Syed Muhammad Naquib al-Attas.